December 28, 2008
Rahmat Disebalik Ujian
Ujian yang datang dari Allah ada dua, iaitu kesenangan dan kesusahan. Ujian yang berat ialah nikmat kesenangan, sedangkan ujian yang ringan ialah ujian yang menimpa badan seperti terkena penyakit atau kemalangan. Ujian pada badan ini bertujuan untuk menguji kesabaran dalam menerima qadak dan qadar Allah. Kalau ia ternyata bersabar, ditetapkan pahala untuknya atau dihapuskan sebahagian dosanya atau diangkat darjatnya, hingga ujian itu menjadi nikmat baginya. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang maksudnya:
Tidak ada seorang Muslim pun yang ditimpa gangguan seperti ditusuk oleh duri atau yang lebih berat daripadanya, melainkan dengan ujian itu dihapuskan oleh Allah SWT perbuatan buruknya serta digugurkan dosa-dosanya sebagaimana pohon kayu yang menggugurkan daun-daunnya. (H.R Muttafaq alaih)
Ujian yang tidak henti-hentinya menimpa kaum Mukmin lelaki dan perempuan, yang menimpa dirinya, hartanya, anaknya, akan tetapi ia tetap bersabar, dia akan menemui Allah dalam keadaan tidak berdosa. (H.R.Tarmizi)
Diuji Penyakit
Kalau tak ada sakit, kita tak akan menghargai masa sihat. Saya diuji sakit dari raya haji pertama sehinggalah pilang ke kampung untuk berubat. Dalam tempoh lebih kurang 10 hari, tak dapat makan dan minum, walaupun dua teguk air, pasti dimuntahkan kembali. Bayangkanlah, dengan sakit dan muntah2..lembik seluruh badan dibuatnya. Kemuncaknya ialah pulang ke rembau untuk berubat dengan Wan Lijah yang banyak pengalamannya.. Alhamdulillah 4 hari berubat, penyakit sembuh sepenuhnya.. Dah habis ubat doktor saya makan, tambah lagi dengan pain killer yang dibeli di farmasi..kalau tak berubat dengan wan tu, mungkin masih bergantung kepada ubat doktor lagi.
Pengajaran yang paling besar masa sakit ialah..
- Betapa pentingnya kesihatan tu untuk saya menjaga dan menguruskan anak2 terutamanya, dan rumahtangga.
- Betapa nikmatnya masa sihat di mana kita dapat bergerak dan menggunakan seluruh anggota dengan mudahnya tanpa bantuan orang lain
- Betapa nikmatnya dapat menikmati makanan & minuman tanpa halangan, di mana seriknya badan tanpa menjamah makanan & minuman beberapa hari
- Betapa pentingnya mendapatkan rawatan awal, tanpa menunggu sehingga ia memudaratkan badan
December 5, 2008
Cupcakes Hantaran - Edible Image Pengantin


Nie cuppies yang di order oleh Jun dari Kerteh untuk di hadiahkan kepada saudaranya sebagai hantaran. Cupcakes Edible Image ini memaparkan gambar pengantin berserta beberapa roses sebagai penyeri. Tema merah dan putih menjadi pilihan Jun.. Apa yang istimewanya cupcakes nie ialah ada gambar pengantin kat atas tue.. Boleh makan tau.. So kepada yang berminat nak hadiahkan/suprisedkan orang2 tersayang, silalah contact saya.. Untuk koleksi cupcakes Farah Homemade Bakery, layari http://hidayatulfarah.fotopages.com
November 27, 2008
Lawatan Ke Rumah Orang Tua-Tua

Alhamdulillah, minggu lepas saya sekeluarga bersama2 rakan sepejabat suami mengadakan lawatan ke Rumah Ehsan Dungun, iaitu Rumah Orang-Orang Tua.. Apa yang nak dikongsikan bersama ialah..tempat tinggal dan kawasannya memanglah nyaman dan bersih..semua orang tua di situ pun nampak dijaga dgn baik dan kemas..cuma saya dapat rasakan kesunyian di situ..
Masuk di kediaman lelaki, langsung tiada kelihatan yang berbual sesama mereka. Mungkin juga waktu tengah hari, jadi pakcik2 di situ semua kepenatan dan mengantuk.. Masing2 leka termenung dan..berbaring jer..tiada apa pun yang nak dibuat.. Bila saya tanya penjaga di situ apa aktiviti mereka, jawab pekerja tu, tak ada apa, cuma berbaring aje lah.. Bayangkanlah kebosanan di hati penghuni2 tua nie yang melalui hidup macam tu sehari-hari..
Masuk kediaman wanita, ada sedikit serinya, di mana nampaklah ada di antara makcik2 tu berbual sesama sendiri.. ada juga yang berjalan melawat kawan yg lain.. Berbanding kediaman lelaki yang katil agak jauh diantara satu sama lain, kediaman wanita susunan katilnya agak rapat, malah ada juga katil diletak bersebelahan mungkin utk memudahkan mereka berhubung..
Apapun susunan katilnya, pada saya tak penting.. cuma saya agak terkejut dengan suasana di situ.. Saya yg melawat dalam masa sejam pun boleh merasakan kesunyiannya, apalagi penghuni2 di rumah tua itu.. Memanglah orang dah tua tak dapat banyak nak buat apa, tapi pada fikiran saya, kalaulah mereka ni tinggal bersama anak dan cucu sendiri, sekurang-kurangnya adalah riang tawa cucu menemani walaupun anak2 sibuk bekerja..
Jauh di sudut hati memang nak bertanya kepada 2 orang nenek dalam gambar tue, kenapalah mereka tinggal di situ.. Tapi hati tak kesampaian bila mereka ajak saya duduk di birai katil dan memegang tangan saya, sambil mengusap anak-anak saya..mungkin teringat anak dan cucu sendiri. Apapun sebabnya, doa dan harapan, janganlah ada di antara kita di tempatkan di sana..
November 20, 2008
Wedding Anniversary


Hari nie wedding anniversary saya yg ke-4.. Alhamdulillah, tahun nie hubby ingat..hehe.. Tahun lepas boleh dia ter..lupa.. Takper, tak per..dah dimaafkan.. Anyway, doakan kami semoga bahagia selalu dan kekal sehingga akhir hayat yea.. Utk tahun nie, buat cuppies untuk supprisekan hubby.. Sweet tak? hehe...
November 16, 2008
My First Cup Cakes




Alhamdulillah, tercapai gak hasrat nak g class cupcake di kl. Kesempatan suami berkursus di kl memberi peluang kepada saya turut berkursus sama. Nie ialah gambar-gambar cupcakes yang saya buat sendiri tau.. So kepada sesiapa di area Terengganu yang teringin nak makan cupcakes, jangan malu-malu, bolehla order.. Untuk makluman yang lebih detail, sila layari http://hidayatulfarah.fotopages.com
Tenggelam, tenggelam , timbul
Lamanya tak dapat update blog nie.. Bukannya apa, saya menggunakan line internet by celcom.. malangnya line internet tu dah digunakan oleh suami saya. So, tak adalah masa nak berinternet di siang hari. Kene tunggu dia balik keje la. Bila malam pulak, lepas bagi anak2 makan, tgk jam dah pukul 9.30 malam.. tgk tv kejap, rehat2, lipat kain ke..mata pun dah mengantuk.. kalau dapat online pun, kadang2 putus2 la, macam2 dugaan.. Apapun, mesti jugak update blog nie dari semamsa ke semasa.. Harap tak der yang marah ye, saya nie tenggelam, tenggelam timbul.. he..
October 7, 2008
Pesanan & Pahala Untuk Para Suami
Dalam hadis lain pula, Baginda berpesan kepada suami dengan sabdanya yang bermaksud: "Hendaklah kamu ingat memperingati supaya berbuat baik kepada wanita (isteri). Sesungguhnya mereka adalah seperti tawanan di sisi kamu. "Kamu tidak memiliki apa-apa pun daripada mereka, kecuali hak untuk menikmati hubungan kelamin antara kamu berdua. Tetapi, apabila isteri kamu melakukan kejahatan yang nyata, maka tinggalkan tempat tidur mereka dan pukul mereka dengan cara yang tidak terlalu menyakitkan.
"Jika mereka kembali taat kepadamu, maka janganlah kamu mencari jalan untuk menyakitkan mereka.
"Ingatlah bahawa kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu dan isteri kamu juga ada hak ke atas kamu. Hak kamu adalah tidak membenarkan mana-mana lelaki tidur di atas tilam kamu dan tidak mengizinkan sesiapa yang kamu tidak suka memasuki rumah kamu.
"Adapun hak isteri ke atas kamu adalah kamu memberi yang terbaik kepada mereka pakaian dan makanan mereka". (Hadis riwayat at-Tirmizi)
Hadis ini dengan tegas menyatakan bahawa meskipun kehidupan isteri terikat dengan suami laksana seorang tawanan, namun mereka tidak boleh dianggap sebagai hamba yang boleh diperlakukan sesuka hati. Isteri mempunyai hak untuk mendapat layanan sebaik-baiknya.
Suatu ketika, ramai isteri datang menemui isteri Rasulullah mengadu mengenai layanan buruk yang diterima daripada suami mereka.
Apabila Rasulullah mengetahuinya, Baginda pun bersabda maksudnya: "Sesungguhnya ramai wanita datang menemui isteriku mengadu mengenai suami mereka. Sesungguhnya suami kepada wanita itu bukanlah orang yang terbaik daripada kalangan kamu." (Hadis riwayat Abu Daud).
Tidak dapat dinafikan, sebagai manusia masing-masing ada kelemahan dan kekurangan sama ada isteri mahupun suami.
Cara terbaik untuk mengatasinya ialah dengan bersabar dan tidak membesar-besarkan kelemahan itu.
Firman Allah bermaksud: "Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri kamu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (berasa) benci kepada mereka (kerana tingkah lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya) kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedangkan Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak untuk kamu." (Surah an-Nisa, ayat 19).
Diriwayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: "Mana-mana lelaki yang bersabar di atas keburukan perangai isterinya, Allah akan berikannya pahala seperti yang diberikan kepada Ayyub kerana bersabar di atas bala yang menimpanya. Dan mana-mana isteri yang bersabar di atas keburukan perangai suaminya, Allah akan berikannya pahala seperti yang diberikan kepada Asiah binti Muzahim, isteri Firaun.
Kisah Suami & Isteri
ceritanya begini:
dikhabarkan ada seorang suami: yang sangat tabah dan sabar. seorang lelaki yang sangat bertanggungjawab dan kasih pada keluarganya. mereka telah berkahwin selama 20 tahun dan dikurniakan beberapa orang anak.
suami ini sangat bertuah. dikurniakan seorang isteri yang sangat cantik. tiada apa kurangnya isteri ini. pandai juga memasak dan mengemas rumah. namun si isteri ada satu sifat; suka membebel dan suka mengarah suaminya itu dan ini.
si suami sangat sabar pula. melayan kerenah isteri dan menadah telinganya untuk dimarahi walaupun hanya kesilapan kecil sahaja. si suami langsung tak melawan.
dikisahkan; pada suatu petang, sewaktu si suami mengambil wuduk di tepi telaga, si isteri membebel lagi pot..pet..pot..pet.. ntah apa2 yang tak dipuas hatinya. akhirnya kesabaran si suami sampai noktahnya. ditolaknya isteri ke dalam telaga dan dia pun masuk ke dalam rumah.
menjelang malam, si suami keheranan. kenapa isterinya belum balik rumah walau sudah larut malam. hujung telinganya menangkap bunyi kocakan air. baru dia teringat.. Ya Allah...!!. segera dia berlari ke arah telaga, menghulur tali sambil menjerit2 memanggil isterinya.
tiba2 tali terasa tegang seperti ada yang memautnya. tali ditarik perlahan2 ke muka telaga. tiba2 kedapatan satu makhluk berbulu lebat dan agak besar sedang memaut tali. si suami keheranan. lalu bertanya:
"siapa kau?"
jawab lembaga: "aku penunggu telaga nih. sekarang aku nak keluar.. bosan duduk dalam telaga.."
"kenapa?" tanya si suami..
jawab lembaga tadi: "aku dah duduk dalam telaga nih selama 20 tahun dgn aman damai.. tetiba petang tadi ada sorang pompuan dok masuk telaga sambil membebel tak sudah2 sampai aku pun dibebelnya. tensen aku!. dah tak aman dunia aku.. ntah mana dtg pompuan tu.."
Kisah lawak nie saya petik dari sebuah blog.. Dua kali baca, dua kali gak ketawa.. Dunia..dunia..
September 29, 2008
Selamat Hari Raya
September 21, 2008
Jahitan Manik - Bunga Tabur
September 20, 2008
Bercuti Di Kuantan & Knitting
Sekarang nie kami sekeluarga sedang bercuti di Kuantan, memandangkan suami ada kursus di sini selama 6 hari. Menginap di Hotel Megaview yang terletak betul-betul di tepi Sungai Kuantan memang best.. Pandangan yang cantik mengadap sungai dan saujana mata memandang, sesuai dengan nama hotel nie.. Apa pun, ni la masa untuk berehat dari segala kerja rumah..hehe.. Tapi masih banyak baju menanti untuk dijahit manik.. InsyaAllah nak cuba siapkan jugak. Ni gambar 2 permata hati yang sempat berposing dengan sweater yang di buat oleh ibunya sendiri.
Gambar Faris yang semakin semangat.. Pantang ada masa terluang, nak susu jer.. Anyway, baju Faris nie saya kait masa abang dia nak lahir, tapi tak sempat pakai sebab abangnya membesar telalu cepat. Rupa2nya rezeki adik.. Baju Ammar pulak designnya lebih cantik walaupun macam gurl ckit. Puas hati bila tengok anak-anak pakai baju hasil kerja tangan sendiri. Sesiapa yang minat buat sweater ni bolehla blajar buat knitting, sebab hobi ni lebih dipelopori orang Cina. Orang kita lebih kepada mengait..mungkin dah tradisi agaknya..Jahitan Manik Tabur


Lagi baju kurung yang dah disiap jahit manik untuk raya.. Mengikut tuan punya baju, dia nak patten yang simple jer, tapi memandangkan baju nie cantik, so saya meriahkanlah dengan design manik tabur.. Kata nak raye.. Sesiapa yang terasa nak cuci mata dengan design2 manik nie, jemputla ke fotopages saya di http://farah-beads.fotopages.com
September 14, 2008
Happy Birthday Hubby..

Love poem for my husband on his birthday...
With a loving glance or a tender kiss
you make my cares disappear
Warm thoughts of you surround me
and always keep you near.
I need nothing more from you than this -
to know that you'll always be mine
And the promise of your love in my life -
until the end of time.
"Happy Birthday"
September 9, 2008
Kursus Percuma Secara Online
Alkisah, malam ni masa menjamu mata melihat koleksi tudung di internet, terjumpa satu website yang memberi informasi dan panduan secara percuma. Bila daftar website nie, ada pulak kursus menjahit dalam tu yang sememangnya senang nak faham, jelas sebab disertakan dengan gambarajah dan yang penting percuma dan jimat masa. Pendek kata, lagi senang faham daripada cina kedai yang ajar saya tue, duit nak, tapi kedekut ilmu. So, di sini saya nak kongsikan kepada semua, bolehlah melawat http://www.mygfl.net.my (mygfl stand for malaysian grid for learning). Banyak lagi informasi berguna, bukan setakat jahitan je. Antaranya ialah keusahawanan, sukan, memancing, pembangunan diri, masakan dan banyak lagilah.
InsyaAllah lepas nie bolehlah start belajar kemahiran baru pula. Tak taulah kenapa hati nie minat sangat menjahit..dapat buat baju sendiri pun jadilah.. Bukannya apa, macam hari tu, dua hari sebelum puasa, saya pergi ke kedai jahit untuk menempah baju, tapi semua dah penuh. Itu yang membuat semangat nie berkobar2 nak pandai menjahit nie.. hehe.. Cuma mesin jahit tak der... Mana tau, hubby I nak sponsor ker.. paling tak pun rembat je la mesin jahit kakak dulu..hehe..
Buat Yam, kawan baik saya yang juga tengah mengasah skill menjahitnya yang dah lama ditinggalkan, bolehla refresh balik kat website nie.. Last but not least..selamat belajar online.. dan jangan ponteng puasa..
September 2, 2008
Marhaban Ya Ramadhan..
Hari & Keterangan Pahala
1 Dicabut dosanya seperti bayi baru lahir.
2 Diampuni dosanya dan dosa kedua orang tuanya.
3 Dipanggil malaikat. kembalilah engkau beramal karena dosamu diampuni.
4 Diberi pahala seperti orang yang membaca kitab zabur, injil, taurat dan alquran.
5 Diberi pahala seperti yang sholat di masjid al-aqsa, masjid al-nabawi dan masjid al-harom.
6 Diberi pahala seperti yang tawaf di baitul ma'mur, yaitu tempat tawafnya para malaikat.
7 Diberi pahala seperti orang yang membantu nabi Musa AS saat berperang dengan fir'aun dan wakilnya haman.
8 Diberi apa saja seperti apa yang telah Allah berikan kepada nabi Allah Ibrohim AS.
9 Diberi pahala seperti ibadah nabi Allah Muhammad SAW.
10 Diberi rezki yang terbaik di dunia dan di akherat.
11 Apabila meninggal dunia, maka bersih segala dosanya seperti baru waktu dilahirkan.
12 Di hari qiamat wajahnya seperti bulan purnama.
13 Di hari qiamat akan selamat dari segala siksaan.
14 Disaksikan oleh malaikat tentang ibadah solat tarawihnya.
15 Dimohonkan ampunan dosa oleh seluruh malaikat.
16 Ditulis bebas dari api neraka dan termasuk ahli surga.
17 Diberi pahala ibadahnya seluruh para Nabi Allah.
18 Dipanggil malaikat, bahwa Allah telah redha kepadanya dan kepada orang tuanya.
19 Di syurga bakal naik pangkatnya.
20 Di hari qiamat selamat dari segala kebingungannya.
21 Diberi rumah di surga yang bentuknya dari cahaya.
22 Di hari qiamat diberi keamanan dari segala kesusahan.
23 Dibangunkan oleh Allah SWT kota yang ada di surga.
24 Diberi oleh Allah SWT dua puluh empat macam doa yang dimakbul (diterima).
25 Allah akan mengangkat siksa kuburnya.
26 Diterima amal ibadahnya selama empat puluh tahun.
27 Diwaktu melintas Sirotol Mustaqim seperti kilat.
28 Allah akan mengangkat darjatnya sampai seribu kali ganda ketika di syurga.
29 Allah akan memberi pahala seperti orang yang pergi haji seribu kali yang makbul (diterima).
30 Allah berkata "Wahai hambaku sekarang engkau telah ada di surga, silakan makan buah-buahan syurga dan silakan mandi di air Salsabil dan minumlah Air Danau, aku adalah Tuhanmu dan engkau hambaku.
August 31, 2008
Hepy Birthday To Mak Lang
August 30, 2008
MERDEKA!!!
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 51!
Teringat lagi semasa saya darjah 2, cikgu Bahasa Melayu, Cikgu Abu telah membawa radio masuk ke kelas. Ingatkan dapat berseronok beramai2 sambil mendengar radio, rupa-rupanya beliau ingin mengajar kami lagu patriotik 'Bahtera Merdeka'. Setiap murid diberikan lirik lagu tersebut dan beliau mengajar kami menyanyi.. Semasa menyanyi lagu tu, hati saya rasa tersentuh sangat dan semenjak itu lah saya mula menghayati dan mamahami erti kemerdekaan..
Walaupun nampak simple apa yang cikgu saya buat, tapi saya sangat berterima kasih kepada beliau kerana memberi pemahaman dan rasa cinta kepada negara seawal usia 8 tahun.. Bayangkan budak kecil seusia 8 tahun bukan sahaja dapat memahami, tetapi juga menghayati erti perjuangan yang sebenar.. (Dapatkah anda mengingati pada umur berapakah anda benar2 memahami erti kemerdekaan dan merasainya jauh di sudut hati?)
Betapa besarnya peranan lagu.. Selain lagu 'Bahtera Merdeka' yang saya nyanyikan pada zaman kanak-kanak, saya sangat suka lagu patriotik berikut..kalau tak silap tajuknya 'Bumi Dipijak Milik Orang'
Anak kecil main api
Terbakar, hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesama kita
Bumi dipijak milik orang
Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Bumi dipijak milik orang
Rasanya ada lagi sambungan lagu nie, cuma ni je yang dapat di ingat. Memang tersentuh bila nyanyi lagu ni..teringatkan sejarah masa belajar dulu.. Tanah Melayu milik asal orang Melayu.. Tapi lama-kelamaan tanah kita semakin hilang, dijual oleh mereka yang tamakkan duit.. Kuasa, ekonomi semuanya bukan milik mutlak kita lagi.. Orang Melayu dah jauh ketinggalan.. Kalau Melayu tak cepat bertindak, bimbang kita akan semakin jauh ketinggalan.. Memang Hang Tuah pernah berkata "takkan Melayu hilang di dunia", tapi pada saya kalau ramai Melayu pun, tapi tidak berkualiti, apa gunanya.. Renung-renungkanlah...
Mak Su dan Keluarga
Dah lama nak tulis article nie, sebagai ucapan terima kasih untuk mak su dan keluarga yang datang ke teratak kami pada 20hb, minggu lepas.. Bukan sekadar datang melawat, tapi mak su bawa banyak buah tangan.. antaranya tikar Sarawak (macam tau2 jer kite orang nak beli :-), kuih tart, arca buah, limau jepun dan kereta mainan untuk Ammar. Tima kasih banyak2... Dan seperti biasa, kalau ada tetamu Ammar la orang yang paling gembira..
Seronok sebenarnya menerima tetamu.. Murah rezeki tuan rumah kalau tetamu pulang dgn gembira.. Alhamdulillah semenjak berpindah ke Kemaman nie, setiap bulan ada tetamu.. So, di kesempatan nie juga nak merakam terima kasih kepada tetamu dari kl yang telah datang pada bulan2 lepas.. Ibu saya yang selalu dalam ingatan, uncle, khairul, uwan, mak long, bandin, kak ain, kak etta, anak2 yang comel shirah dan iman.. Senang2 jemputla datang lagi.. Boleh kita pergi mandi manda di Cherating..;-) Kepada yang belum datang, pintu rumah sentiasa terbuka..
August 27, 2008
Pahala 7 Lapis Emas
"wanita yang memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 lapis emas, manakala
wanita yang memicit suami apabila disuruh akan mendapat pahala 7 lapis perak.."
Kesimpulannya, picitla suami kita supaya dapat berlapis2 emas dan perak ;-)
August 26, 2008
Resepi Ice Cream Cake Untuk Farra...
Di atas permintaan Farra, di sini saya sertakan resepi untuk membuat ice cream cake nie.. Untuk buat kek nie, kena prepare 2 bahan utama iaitu kek span dan ais krim. Beramai2 la cuba ye.. Harap2 menjadi..Kek Span Coklat
Bahan A
250g adunan tepung span / sponge mix
4 biji telur
Bahan B
50 mL air dibancuh dengan 1/2 sudu kecil chocolate emulco
Bahan C
80g butter cair
Cara2 membuat kek span:
- Pukul (A) dengan kelajuan minima 1 minit sehingga adunan pekat
- Campur (B) dan pukul pada kelajuan maksima selama 5-7 minit, sampai adunan berubah warna, ringan, gebu dan lembut
- Masukkan butter cair dan putar lagi dengan kelajuan minima 1 minit
- Tuang dalam acuan 9 inci yang telah disapu minyak
- Bakar pada suhu 180 C selama 20 minit atau sehingga masak
- Sebaik sahaja kek masak, terus keluarkan dari adunan
Bahagian Ice Cream
Bahan-Bahan
Ais krim vanilla 800 g
Coklat Cip 100 g
Krim putar 200 g
Chocolate Rice 150 g
Cara2nya:
- Pukul ais krim vanilla sehingga lembut
- Tambah coklat cip dan kacau rata-rata
- Ambil kek yang telah masak tadi, dan potong kek kepada dua lapisan mendatar
- Letak lapisan kek pertama di dalam acuan bulat 10 inci
- Kemudian tuangkan aiskrim bersama coklat cip tadi ke atas kek
- Tutup dengan lapisan kek yang kedua
- Simpan dalam peti sejuk bahagian atas sehingga keras
- Apabila kek dah keras, keluarkan kek dari acuan, dan sapu dengan krim putar pada seluruh kek untuk hiasan
- Untuk lebih menarik, paipkan bunga2 daisy di atas kek, dan taburkan chocolate rice pada sekeliling kek.
August 19, 2008
Happy Birthday Tareq..
"Happy Birthday TAREQ SYADDAD... Semoga membesar sebagai anak yang baik dan soleh, serta dengar cakap ummi dan abi tau.." Salam sayang dari mak ngah, pak ngah, abang ammar dan baby faris..
Gambar nie merupakan sambutan birthday Ammar dan Tareq tahun lepas. Memandangkan birthday mereka selang 5 hari je, so dapatlah celebrate sama2..

Tempahan Manik Untuk Raya
Dah 3 hari tak dapat nak update kat blog nie.. Terlalu sibuk dgn urusan harian dan tempahan manik. Siapa kata surirumah tak sibuk? Dari pagi sampai la ke malam, ada je kerja nak dibuat. Bila dah habis kerja, anak2 pula minta dilayan.. So hanya dapat menjahit bila anak tidur ataupun malam je. Anyway, menjahit manik nie memang hobi dari dulu lagi..cuma semenjak jadi 'permaisuri' (kata ganti bagi surirumah) nie, hobi nie dijadikan sebagai pendapatan sampingan. So, sesiapa yang nak menempah jahitan manik untuk hari raya nie, tempahan masih dibuka.. (chewah..promosi tue :-)) Nie ada beberapa gambar baju yang dah siap dijahit manik sebagai santapan mata..
August 15, 2008
Sambutan Birthday Ammar
Happy Birthday To You...
Happy Birthday To You...
Happy Birthday To Ammar...
Happy Birthday To You...
Masa nyanyi lagu birthday nie Ammar malu-malu jer, tapi bila suruh tiup lilin, bukan main laju lagi!
Nie birthday cake Ammar.. Buat sendiri tau.. Cantik tak? ;-)
First time design kek lawa2.. Kira cantik la tue.. Siap spiderman lagi untuk menambah kemeriahan dan keceriaan Ammar..
Yang nie pulak hadiah Ammar.. Dia minta kereta yang boleh control tue.. Last year pun beli hadiah yang sama.. Tapi tahun nie mahal sikit.. Bukannya tau main pun, ayah yang main..
Yang dia tau, lari laju2 bila kereta tu kejar dia..
August 14, 2008
Pahala Jihad Untuk Isteri
Jihad ialah amalan yang paling besar di dalam Islam. Tidak ada pahala yang lebih besar melainkan pahala jihad. Orang yang mati di dalam jihad adalah mati syahid, tidak melalui zaman perhisaban, melainkan terus masuk ke dalam syurga. Subhanallah..
Birthday Ammar
Bercerita tentang ammar, sekarang nie hari-hari dia akan tanya "ibu tak sayang Ammar ke?" Rasanya setiap hari ada dalam 15 kali dia sebut perkataan tue. Terutamanya masa ibu marah dia sebab kacau adik. Mula-mula dia tanya soalan tu dulu, sedih juga rasanya. Mungkin dia rasa terpinggir bila dah dapat adik. Tapi bila selalu sangat tanya, rasa kelakar pula.. Ada masanya saja menyakat dia kata "tak sayang". Apalagi dia menangis la lepas tu. Ibu mana tak sayang anak.. Dua2 pun sayang. Walaupun sekarang ni nampak macam berat sebelah sebab Ammar je asyik kena marah, tapi nak buat macam mana sebab adik masih tak berupaya nak membela diri. Bila dah besar nanti, kalau gaduh, dua-dua kena marah.
Di sini terdapat beberapa gambar comel Ammar untuk tatapan semua..



August 12, 2008
Ice Cream Cake

Dua hari lepas saya ada mencuba satu resepi baru iaitu Ice Cream Cake. Konon2nya nak buat cake ala2 Secret Recipe, tapi tak sama la rasanya. Walaumacamanapun, kek ni memang sedap dan menjadi! Lebih istimewa ada chocolate chip lagi kat dalam ice cream tu. Kalau sesape nak cuba rasa, mai la datang kat umah, boleh saya buatkan. Nak resepi? Kalau ada yang request, baru saya tulis kat sini.. hehe..
Anyway, hepy sangat sebab first try buat menjadi. Anak pun suka.. Yummy.. Jgn jealous...
August 10, 2008
Hari Ini Dalam Kenangan...
Dia seorang yang tegas dan agak garang, tapi amat penyayang terhadap anak2. Kenangan bersama tak mungkin dapat di lupa. Setiap hari, selepas pulang dari sekolah, ayah akan membawa saya ke kedai mamak untuk minum teh di sana. Kedai mamak favourite ayah ialah di Old Town.. Katanya teh dan sup kambing kat situ la yang paling sedap. Masa tu la, banyak pesanan yang ayah tinggalkan. Dan banyak perkara yang kami bualkan. Dia selalu mengingatkan saya belajar bersungguh2. Jadi orang pandai dan berani. Biar dia bangga mempunyai anak2 yang berjaya. Tapi sayang, ayah pergi sebelum saya sempat buktikan segala kejayaan.. Dia tak dapat melihat dan berkongsi kejayaan kami. Kalau ayah masih ada, pasti dia bangga dengan anaknya ini... Al-Fatihah untuk ayah tersayang... Semoga tenang di sana dan di tempatkan bersama roh orang2 beriman. Amin...
August 9, 2008
Keistimewaan Seorang Wanita...
|
August 6, 2008
Muffin Coklat Istimewa
Bahan-bahannya:
400g coklat masakan
140g mentega
4 biji telur
100g gula halus
120g tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
Cara-caranya:
1) Cairkan coklat menggunakan kaedah "double-boiled.
2) Masukkan mentega ke dalam coklat dan kacau sehingga mentega cair
3) Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati, tetapi tidak perlu sampai kembang.
4) Dalam masa yang sama, panaskan oven sehingga suhu 170 C
5) Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat, kacau biar campuran sebati
6) Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat.
7) Gaul hingga sebati
8) Isikan adunan ke dalam bekas muffin 1/2 atau 60% penuh
9) Bakar selama 20 minit
* Selepas masak, muffin mungkin lembik sedikit kerana jumlah tepungnya sedikit berbanding coklat, tetapi selepas sejuk muffin akan keras dgn sendiri.
Selamat Mencuba!
August 5, 2008
Petua Awet Muda
Kerenah Ammar...
So, suami saya melancarkan kempen "Ammar mesti makan nasi". Masa kempen dijalankan tu, teruk gak la dia kene marah setiap kali time makan, peti ais pun penuh dengan makanan dia je, nugget, hot dog, fresh fries, fresh milk, chocolate, cococrunch dll.. At last skarang ni dia dah mula makan balik, cuma still ikut mood...
Dalam proses nak menggemukkan dia tu, smalam saya buat muffin choklat. Apa yang special tentang muffin ni ialah tepung sikit je, dan coklatnya banyak. Memang sedap sangat muffin ni.. Rasanya macam kek coklat! Lembut dan sedap.. Alhamdulillah Ammar suka.. Banyak juga dia makan. So siapa yang minat mencuba, bolehlah mendapatkan resepi ni esok, sebab malam ni komputer saya terlalu slow utk saya sertakan bersama gambar2 semasa muffin ini dibuat. Untuk anak buah saya Tareq Syaddad dan Fahad Solehin..Kalau makngah ada kat kl, mesti u all dapat rasa muffin yang sedap ni.. Miss ya..
August 3, 2008
Pahala Wanita Bersalin
Menurut Rasulullah S.A.W,
- Wanita yang bersalin mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa.
- Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah memberi satu pahala haji.
- Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin, ia dikira sebagai mati syahid.
- Wanita yang memberi anaknya minum susu badan akan mendapat 1 pahala daripada setiap titik susu yang diberikannya
- Wanita yang memberi anaknya minum susu badannya ketika anaknya menangis, Allah memberinya pahala satu tahun pahala solat dan puasa.
- Jikalau wanita itu menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat di langit khabarkan berita bahawa syurga itu wajib baginya.
August 2, 2008
Ingin Jadi Jutawan?
- Dato’ Dr Fadzilah Kamsah
- Azizi Ali (Jurulatih Jutawan)
- Chef Li (Jutawan Senyap)
- Dato’ Dr Azman Ching (Jutawan MLM)
- Billi Lim (Jutawan Berani Gagal)
- Dato’ Hussamuddin (Pengasas Kumpulan Karangkraf)
- Abang Abu (Usahawan/Motivator/Jutawan dari Singapore)
- IK (Jutawan Internet ) ditemubual oleh Nizal Mohammad
Ebook ini memuatkan motivasi, inspirasi, strategi, yang terbukti untuk mempercepatkan anda menuju jalan kebebasan kewangan. Bayangkan hanya satu idea dan mutiara daripada mereka dapat melipat kali gandakan kewangan anda!
Telah ramai yang memiliki buku ini dan sedang mencipta wang pada jalan yang betul. Di sini saya sertakan pendapat bakal2 jutawan yang telah memiliki buku ini.
Saya merasakan Irfan telah meletakkan harga yang terlalu murah jika dibandingkan dengan ilmu yang ada dalam ebook ini, mungkin di sebabkan Irfan sememangnya hendak berkongsi dengan anda semua. Jadi pintu ke arah kejayaan sudah berada di depan anda, cuma anda yang tentukan sama ada untuk membuka atau tidak pintu tersebut. Terima kasih kepada Irfan Khairi kerana menghasilkan ebook ini".
Hapiz Rajali"Pada mulanya saya teragak-agak untuk membeli buku Mentor Jutawan. Saya fikir, mungkin isi kandungannya tidak jauh berbeza daripada buku-buku lain yang pernah saya baca. Tetapi sebaik sahaja membaca buku ini, persepsi saya mula berubah.
Buku ini memang berbeza. Mungkin kerana di sebabkan ia adalah transkripsi interview, saya dapat rasakan seolah-olah buku ini “hidup”. Sebagai contoh, sewaktu membaca Bicarawara Dato’ Dr Fadzilah Kamsah. Terngiang-ngiang suara Dato’ sehinggakan beberapa kali saya ketawa sendirian.(Nasib baik orang tak nampak! Kalau tidak, mungkin saya di cap gila sebab ketawa sorang-sorang).
Selain itu, ada banyak (sebenarnya terlalu banyak) mutiara kata, azimat dan highlights daripada mereka, yang perlu kita ambil iktibar dan boleh diaplikasikan dalam perniagaan. Adakalanya saya rasa benda yang disebutkan itu macam perkara biasa sahaja. Tapi, rupa-rupanya...perkara itulah yang kita tidak boleh terlepas pandang jika mahu berjaya dalam perniagaan.
Apa yang boleh saya simpulkan, pelaburan untuk buku ini memang berbaloi. Harganya sangat murah jika hendak dibandingkan dengan nilai yang akan diperolehi selepas membaca buku ini. Percayalah, anda tidak akan rugi kerana memilikinya. Tetapi anda mungkin akan rugi, jika anda tidak memilikinya". Ikhlas,
Amalia RuslanTunggu apa lagi? Dapatkan rahsia untuk menjadi jutawan dengan hanya harga RM 40 sahaja. Cuma klik pada banner Mentor Jutawan yang terdapat di bahagian atas blog ini untuk membuat pembelian. Dengan satu pembelian sahaja, hidup anda dan keluarga bakal berubah!!!
My new baby

Ketika menulis blog ini, anak kedua saya baru berusia 3 bulan setengah.
Buat yang mengenali dan rakan-rakan yang tak sempat berjumpa Faris Iskandar (kerana saya berpindah ke terengganu semasa dalam pantang), anda boleh melihat gambar ini.
Semoga Faris Iskandar menjadi anak soleh, pintar, taat kepada Allah dan ibu bapanya.. Amin.
E-book percuma

Mahu dapatkan e-book ini secara percuma, klik link di sini,
Buku panduan ini amat berguna bagi mereka yang ingin memulakan perniagaan secara kecil-kecilan di rumah.
August 1, 2008
Warming Welcome
.my mesti dimiliki
MYNIC Berhad sebuah syarikat pendaftar alamat internet telah melancarkannya, membolehkan setiap warganegara Malaysia mendaftar untuk domain ini.
Bayaran yang dikenakan bagi .my ini adalah RM120 setahun, untuk maklumat lanjut layari www.mynic.my
Selamat Datang
Juga telah pun mendaftar untuk akaun paypal serta telah mendaftar untuk kad debit di tunemoney.
Konsep blog ini belum ditetapkan lagi, namun saya suka untuk fikirkan ianya umum, tentang apa sahaja.









