September 29, 2008

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya kepada semua kenalan, saudara mara, sahabat dan juga keluarga serta maaf zahir batin atas segala kesilapan. Semoga raya tahun ini membawa kebahagiaan kepada semua dan memberi erti yang mendalam..

September 21, 2008

Jahitan Manik - Bunga Tabur


Lagi baju raya yang siap dijahit manik selepas sahur tadi. Pattern nie simple tapi sweet sangat. Hanya taburan manik pada bunga-bunga dan dedaun di hujung lengan..

September 20, 2008

Bercuti Di Kuantan & Knitting

Sekarang nie kami sekeluarga sedang bercuti di Kuantan, memandangkan suami ada kursus di sini selama 6 hari. Menginap di Hotel Megaview yang terletak betul-betul di tepi Sungai Kuantan memang best.. Pandangan yang cantik mengadap sungai dan saujana mata memandang, sesuai dengan nama hotel nie.. Apa pun, ni la masa untuk berehat dari segala kerja rumah..hehe.. Tapi masih banyak baju menanti untuk dijahit manik.. InsyaAllah nak cuba siapkan jugak. Ni gambar 2 permata hati yang sempat berposing dengan sweater yang di buat oleh ibunya sendiri.

Gambar Faris yang semakin semangat.. Pantang ada masa terluang, nak susu jer.. Anyway, baju Faris nie saya kait masa abang dia nak lahir, tapi tak sempat pakai sebab abangnya membesar telalu cepat. Rupa2nya rezeki adik.. Baju Ammar pulak designnya lebih cantik walaupun macam gurl ckit. Puas hati bila tengok anak-anak pakai baju hasil kerja tangan sendiri. Sesiapa yang minat buat sweater ni bolehla blajar buat knitting, sebab hobi ni lebih dipelopori orang Cina. Orang kita lebih kepada mengait..mungkin dah tradisi agaknya..










Jahitan Manik Tabur



Lagi baju kurung yang dah disiap jahit manik untuk raya.. Mengikut tuan punya baju, dia nak patten yang simple jer, tapi memandangkan baju nie cantik, so saya meriahkanlah dengan design manik tabur.. Kata nak raye.. Sesiapa yang terasa nak cuci mata dengan design2 manik nie, jemputla ke fotopages saya di http://farah-beads.fotopages.com

September 14, 2008

Happy Birthday Hubby..



Love poem for my husband on his birthday...


With a loving glance or a tender kiss
you make my cares disappear
Warm thoughts of you surround me
and always keep you near.

I need nothing more from you than this -
to know that you'll always be mine
And the promise of your love in my life -
until the end of time.

"Happy Birthday"

September 9, 2008

Kursus Percuma Secara Online

Alhamdulillah..setelah sekian lama mencari, baru malam ini kutemui.. hehe.. Bukannya apa, dah lama sangat mengidam nak belajar buat baju kurung tapi tak dapat-dapat. Rasanya semenjak habis kolej la, minta duit dengan ibu, tapi tak dapat sokongan, begitu juga dengan tunang (yang kini suami). Masa kerja dulu, ada jugak curi masa pergi belajar menjahit, tapi sempat belajar sebulan je sebab cina yang ajar tu tak ikhlas langsung mengajar dan suka curi tulang.. Habis je blajar buat blouse terus saya berhenti class..
Alkisah, malam ni masa menjamu mata melihat koleksi tudung di internet, terjumpa satu website yang memberi informasi dan panduan secara percuma. Bila daftar website nie, ada pulak kursus menjahit dalam tu yang sememangnya senang nak faham, jelas sebab disertakan dengan gambarajah dan yang penting percuma dan jimat masa. Pendek kata, lagi senang faham daripada cina kedai yang ajar saya tue, duit nak, tapi kedekut ilmu. So, di sini saya nak kongsikan kepada semua, bolehlah melawat http://www.mygfl.net.my (mygfl stand for malaysian grid for learning). Banyak lagi informasi berguna, bukan setakat jahitan je. Antaranya ialah keusahawanan, sukan, memancing, pembangunan diri, masakan dan banyak lagilah.
InsyaAllah lepas nie bolehlah start belajar kemahiran baru pula. Tak taulah kenapa hati nie minat sangat menjahit..dapat buat baju sendiri pun jadilah.. Bukannya apa, macam hari tu, dua hari sebelum puasa, saya pergi ke kedai jahit untuk menempah baju, tapi semua dah penuh. Itu yang membuat semangat nie berkobar2 nak pandai menjahit nie.. hehe.. Cuma mesin jahit tak der... Mana tau, hubby I nak sponsor ker.. paling tak pun rembat je la mesin jahit kakak dulu..hehe..
Buat Yam, kawan baik saya yang juga tengah mengasah skill menjahitnya yang dah lama ditinggalkan, bolehla refresh balik kat website nie.. Last but not least..selamat belajar online.. dan jangan ponteng puasa..

September 2, 2008

Marhaban Ya Ramadhan..

Selamat Berpuasa kepada semua. Semoga dapat menjalani ibadah puasa dengan tenang dan berkat.. Berikut ialah pahala solat Tarawih untuk dikongsi bersama (dipetik dari sumber internet)


Hari & Keterangan Pahala
1 Dicabut dosanya seperti bayi baru lahir.
2 Diampuni dosanya dan dosa kedua orang tuanya.
3 Dipanggil malaikat. kembalilah engkau beramal karena dosamu diampuni.
4 Diberi pahala seperti orang yang membaca kitab zabur, injil, taurat dan alquran.
5 Diberi pahala seperti yang sholat di masjid al-aqsa, masjid al-nabawi dan masjid al-harom.
6 Diberi pahala seperti yang tawaf di baitul ma'mur, yaitu tempat tawafnya para malaikat.
7 Diberi pahala seperti orang yang membantu nabi Musa AS saat berperang dengan fir'aun dan wakilnya haman.
8 Diberi apa saja seperti apa yang telah Allah berikan kepada nabi Allah Ibrohim AS.
9 Diberi pahala seperti ibadah nabi Allah Muhammad SAW.
10 Diberi rezki yang terbaik di dunia dan di akherat.
11 Apabila meninggal dunia, maka bersih segala dosanya seperti baru waktu dilahirkan.
12 Di hari qiamat wajahnya seperti bulan purnama.
13 Di hari qiamat akan selamat dari segala siksaan.
14 Disaksikan oleh malaikat tentang ibadah solat tarawihnya.
15 Dimohonkan ampunan dosa oleh seluruh malaikat.
16 Ditulis bebas dari api neraka dan termasuk ahli surga.
17 Diberi pahala ibadahnya seluruh para Nabi Allah.
18 Dipanggil malaikat, bahwa Allah telah redha kepadanya dan kepada orang tuanya.
19 Di syurga bakal naik pangkatnya.
20 Di hari qiamat selamat dari segala kebingungannya.
21 Diberi rumah di surga yang bentuknya dari cahaya.
22 Di hari qiamat diberi keamanan dari segala kesusahan.
23 Dibangunkan oleh Allah SWT kota yang ada di surga.
24 Diberi oleh Allah SWT dua puluh empat macam doa yang dimakbul (diterima).
25 Allah akan mengangkat siksa kuburnya.
26 Diterima amal ibadahnya selama empat puluh tahun.
27 Diwaktu melintas Sirotol Mustaqim seperti kilat.
28 Allah akan mengangkat darjatnya sampai seribu kali ganda ketika di syurga.
29 Allah akan memberi pahala seperti orang yang pergi haji seribu kali yang makbul (diterima).
30 Allah berkata "Wahai hambaku sekarang engkau telah ada di surga, silakan makan buah-buahan syurga dan silakan mandi di air Salsabil dan minumlah Air Danau, aku adalah Tuhanmu dan engkau hambaku.
 
Dear Diary Blogger Template