October 7, 2008

Pesanan & Pahala Untuk Para Suami

Rasulullah S.A.W sering menasihati suami sebagai ketua keluarga supaya melayani isteri dengan sebaik-baiknya. Baginda menegaskan bahawa "suami yang terbaik itu ialah yang berlaku baik terhadap isterinya." (Maksud hadis yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi)

Dalam hadis lain pula, Baginda berpesan kepada suami dengan sabdanya yang bermaksud: "Hendaklah kamu ingat memperingati supaya berbuat baik kepada wanita (isteri). Sesungguhnya mereka adalah seperti tawanan di sisi kamu. "Kamu tidak memiliki apa-apa pun daripada mereka, kecuali hak untuk menikmati hubungan kelamin antara kamu berdua. Tetapi, apabila isteri kamu melakukan kejahatan yang nyata, maka tinggalkan tempat tidur mereka dan pukul mereka dengan cara yang tidak terlalu menyakitkan.
"Jika mereka kembali taat kepadamu, maka janganlah kamu mencari jalan untuk menyakitkan mereka.
"Ingatlah bahawa kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu dan isteri kamu juga ada hak ke atas kamu. Hak kamu adalah tidak membenarkan mana-mana lelaki tidur di atas tilam kamu dan tidak mengizinkan sesiapa yang kamu tidak suka memasuki rumah kamu.
"Adapun hak isteri ke atas kamu adalah kamu memberi yang terbaik kepada mereka pakaian dan makanan mereka". (Hadis riwayat at-Tirmizi)
Hadis ini dengan tegas menyatakan bahawa meskipun kehidupan isteri terikat dengan suami laksana seorang tawanan, namun mereka tidak boleh dianggap sebagai hamba yang boleh diperlakukan sesuka hati. Isteri mempunyai hak untuk mendapat layanan sebaik-baiknya.

Suatu ketika, ramai isteri datang menemui isteri Rasulullah mengadu mengenai layanan buruk yang diterima daripada suami mereka.
Apabila Rasulullah mengetahuinya, Baginda pun bersabda maksudnya: "Sesungguhnya ramai wanita datang menemui isteriku mengadu mengenai suami mereka. Sesungguhnya suami kepada wanita itu bukanlah orang yang terbaik daripada kalangan kamu." (Hadis riwayat Abu Daud).

Tidak dapat dinafikan, sebagai manusia masing-masing ada kelemahan dan kekurangan sama ada isteri mahupun suami.
Cara terbaik untuk mengatasinya ialah dengan bersabar dan tidak membesar-besarkan kelemahan itu.

Firman Allah bermaksud: "Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri kamu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (berasa) benci kepada mereka (kerana tingkah lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya) kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedangkan Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak untuk kamu." (Surah an-Nisa, ayat 19).

Diriwayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: "Mana-mana lelaki yang bersabar di atas keburukan perangai isterinya, Allah akan berikannya pahala seperti yang diberikan kepada Ayyub kerana bersabar di atas bala yang menimpanya. Dan mana-mana isteri yang bersabar di atas keburukan perangai suaminya, Allah akan berikannya pahala seperti yang diberikan kepada Asiah binti Muzahim, isteri Firaun.

Kisah Suami & Isteri

Dalam perjalanan balik dari terengganu hari tuh, aku dan kawan berbual, dia bercerita kisah yang terjadi di kampungnya. kisah seorang suami dan isteri.

ceritanya begini:

dikhabarkan ada seorang suami: yang sangat tabah dan sabar. seorang lelaki yang sangat bertanggungjawab dan kasih pada keluarganya. mereka telah berkahwin selama 20 tahun dan dikurniakan beberapa orang anak.

suami ini sangat bertuah. dikurniakan seorang isteri yang sangat cantik. tiada apa kurangnya isteri ini. pandai juga memasak dan mengemas rumah. namun si isteri ada satu sifat; suka membebel dan suka mengarah suaminya itu dan ini.

si suami sangat sabar pula. melayan kerenah isteri dan menadah telinganya untuk dimarahi walaupun hanya kesilapan kecil sahaja. si suami langsung tak melawan.

dikisahkan; pada suatu petang, sewaktu si suami mengambil wuduk di tepi telaga, si isteri membebel lagi pot..pet..pot..pet.. ntah apa2 yang tak dipuas hatinya. akhirnya kesabaran si suami sampai noktahnya. ditolaknya isteri ke dalam telaga dan dia pun masuk ke dalam rumah.

menjelang malam, si suami keheranan. kenapa isterinya belum balik rumah walau sudah larut malam. hujung telinganya menangkap bunyi kocakan air. baru dia teringat.. Ya Allah...!!. segera dia berlari ke arah telaga, menghulur tali sambil menjerit2 memanggil isterinya.

tiba2 tali terasa tegang seperti ada yang memautnya. tali ditarik perlahan2 ke muka telaga. tiba2 kedapatan satu makhluk berbulu lebat dan agak besar sedang memaut tali. si suami keheranan. lalu bertanya:

"siapa kau?"

jawab lembaga: "aku penunggu telaga nih. sekarang aku nak keluar.. bosan duduk dalam telaga.."

"kenapa?" tanya si suami..

jawab lembaga tadi: "aku dah duduk dalam telaga nih selama 20 tahun dgn aman damai.. tetiba petang tadi ada sorang pompuan dok masuk telaga sambil membebel tak sudah2 sampai aku pun dibebelnya. tensen aku!. dah tak aman dunia aku.. ntah mana dtg pompuan tu.."


Kisah lawak nie saya petik dari sebuah blog.. Dua kali baca, dua kali gak ketawa.. Dunia..dunia..
 
Dear Diary Blogger Template