December 28, 2008

Rahmat Disebalik Ujian

Berikutan daripada sakit yang menimpa, saya terpanggil untuk berkongsi pahala apabila ditimpa ujian/musibah.

Ujian yang datang dari Allah ada dua, iaitu kesenangan dan kesusahan. Ujian yang berat ialah nikmat kesenangan, sedangkan ujian yang ringan ialah ujian yang menimpa badan seperti terkena penyakit atau kemalangan. Ujian pada badan ini bertujuan untuk menguji kesabaran dalam menerima qadak dan qadar Allah. Kalau ia ternyata bersabar, ditetapkan pahala untuknya atau dihapuskan sebahagian dosanya atau diangkat darjatnya, hingga ujian itu menjadi nikmat baginya. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang maksudnya:

Tidak ada seorang Muslim pun yang ditimpa gangguan seperti ditusuk oleh duri atau yang lebih berat daripadanya, melainkan dengan ujian itu dihapuskan oleh Allah SWT perbuatan buruknya serta digugurkan dosa-dosanya sebagaimana pohon kayu yang menggugurkan daun-daunnya. (H.R Muttafaq alaih)

Ujian yang tidak henti-hentinya menimpa kaum Mukmin lelaki dan perempuan, yang menimpa dirinya, hartanya, anaknya, akan tetapi ia tetap bersabar, dia akan menemui Allah dalam keadaan tidak berdosa. (H.R.Tarmizi)

Diuji Penyakit

Alhamdulillah, sebesar2 pujian kepada Allah yang telah menimpakan penyakit dan menyembuhkan kembali..

Kalau tak ada sakit, kita tak akan menghargai masa sihat. Saya diuji sakit dari raya haji pertama sehinggalah pilang ke kampung untuk berubat. Dalam tempoh lebih kurang 10 hari, tak dapat makan dan minum, walaupun dua teguk air, pasti dimuntahkan kembali. Bayangkanlah, dengan sakit dan muntah2..lembik seluruh badan dibuatnya. Kemuncaknya ialah pulang ke rembau untuk berubat dengan Wan Lijah yang banyak pengalamannya.. Alhamdulillah 4 hari berubat, penyakit sembuh sepenuhnya.. Dah habis ubat doktor saya makan, tambah lagi dengan pain killer yang dibeli di farmasi..kalau tak berubat dengan wan tu, mungkin masih bergantung kepada ubat doktor lagi.

Pengajaran yang paling besar masa sakit ialah..
  1. Betapa pentingnya kesihatan tu untuk saya menjaga dan menguruskan anak2 terutamanya, dan rumahtangga.
  2. Betapa nikmatnya masa sihat di mana kita dapat bergerak dan menggunakan seluruh anggota dengan mudahnya tanpa bantuan orang lain
  3. Betapa nikmatnya dapat menikmati makanan & minuman tanpa halangan, di mana seriknya badan tanpa menjamah makanan & minuman beberapa hari
  4. Betapa pentingnya mendapatkan rawatan awal, tanpa menunggu sehingga ia memudaratkan badan
Dan terima kasih kpd suami yang sentiasa memahami, ibu dan kakak yg sanggup turun terengganu dan mak long serta wan di kampung yang banyak membantu. Semoga Allah jualah yang membalasnya.

December 5, 2008

Cupcakes Hantaran - Edible Image Pengantin



Nie cuppies yang di order oleh Jun dari Kerteh untuk di hadiahkan kepada saudaranya sebagai hantaran. Cupcakes Edible Image ini memaparkan gambar pengantin berserta beberapa roses sebagai penyeri. Tema merah dan putih menjadi pilihan Jun.. Apa yang istimewanya cupcakes nie ialah ada gambar pengantin kat atas tue.. Boleh makan tau.. So kepada yang berminat nak hadiahkan/suprisedkan orang2 tersayang, silalah contact saya.. Untuk koleksi cupcakes Farah Homemade Bakery, layari http://hidayatulfarah.fotopages.com


 
Dear Diary Blogger Template