February 21, 2009

Berpindah ke Blog Baru

Salam kepada semua pengunjung blog nie. Dimaklumkan bahawa saya telah berpindah ke blog baru dengan domain nama saya sendiri iaitu www.hidayatulfarah.com Harap maklum.

Jenguk-jenguklah rumah baru saya di sana..

February 5, 2009

Dilema Seorang Ibu - Antara Kerjaya & Anak-Anak

Dah lama fikirkan isu nie, tapi tak juga dapat jawapannya.. Nak bekerja atau tidak? Memanglah saya pernah bekerja dan pernah juga meninggalkan anak sulung saya di rumah orang dan taska, tapi setiap kali pergi bekerja, setiap kali jugalah perasaan bersalah menghantui diri sebab tak dapat meluangkan masa dan menjaga anak2 sendiri.. Ditambah pulak dengan kerenah Ammar yang merengek2 dan merayu.."ibu janganlah work.." sayu rasa hati.. Cuma kuatkan semangat kerja ni nak mencari rezeki..

Mungkin orang lain tak ada masalah nie.. Sebab lepas pantang je, terus hantar anak ke rumah pengasuh / taska, tapi anak saya mengalami 2 keadaan. Masa Ammar, saya tak bekerja sampai dia 9 bulan.. Masa mula2 hantar dia ke Taska, bukan Ammar je meraung, ibu dia pun ikut mengalir air mata sebab sedih berpisah dengan anak..He.. Nie time Faris lak, masa dia 4 bulan ada menyuarakan rasa hati nak bekerja kat suami, tapi suami suruh tunggu dia besar sikit, kesian katanya..

Ikutkan ekonomi, Alhamdulillah semakin baik semenjak berpindah ke Kemaman nie..Ikutkan tak perlulah saya nak bekerja.. TAPI.. ada masa tersentuh juga rasa hati bila melihat kejayaan kawan2 saya yg lain.. ada 5 kawan baik, aishah sambung phd di melbourne, taty sedang sambung master (sponsored under UKM), ila dah jadi lecturer di IPTA (satu2nya kawan saya yg dpt jadi lecturer di jabatan kerajaan) dan yam pula dah jadi manager.. Kalau saya bekerja tak berhenti2, agak2nya kat mana saya sekarang kan?

Tak pernah pun rasa menyesal berhenti kerja demi menjaga anak2.. Bagi saya itu yang paling penting antara semua.. Kadang2 terfikir nak belaja satu kemahiran dan buat kerja di rumah je sampai bila2.. Tapi kengkadang teringat juga saat2 manis bekerja dulu..

Tapi sebenarnya bukanlah seronok sangat pun bekerja nie, letih apalagi balik nak menguruskan anak2 dan rumahtangga.. Cuma kelebihannya dapatlah memegang duit sendiri, dapat beli apa yang teringin tanpa perlu meminta duit suami dan dapat manfaatkan ilmu yang ada.. Keburukannya pula, anak2 terabai dan kurang kasih sayang dan badan letih sebab balik kena selesaikan kerja2 rumah.. So, apa kesimpulannya??? Tak dapat juga...isk..isk..isk..

Tercetusnya isu nie sebab malam tadi tengok ada email dr jobstreet, vacancy sebagai scientist / MLT di Hospital Pantai.. Memandangkan pernah bekerja di situ, rasanya peluang mendapat kerja agak cerah..Hati semangat nak apply, tapi bila memikirkan anak2 yang masih kecil nie semangat merudum.. Itulah dilema sebagai ibu.. Kadang2 saya terfikir sendiri, alangkah baiknya kalau saya dapat jadi macam orang lain.. Relax je g kerja.. Tapi saya tetap saya..

January 31, 2009

Happy Birthday To Me

Smalam birthday saya.. Buat keluarga, sedara mara dan kengkawan yang wish tue, tima kasih banyak2 sebab mengingati.. Disebabkan jauh dari keluarga, so celebrate anak beranak je la.. G makan kat Steven Corner.. Hubby i belanja steamboat yang memang sodap bonar raso eh.. ditambah pulak dengan udang galah masak tomato, baby khailan, nasi goreng kung fu... wah..wah..wah.. dah ada yang terliur tue.. hehe.. Apa2pun makanan kat sini memang sedap..sampai sayur yang simple tu pun terasa begitu sedap sekali.. Tapi INGAT, harganya pun sedap gak la..he.. sekali sekala, apa salahnya..

Disebabkan harga yang SEDAP tu, malulah i nak minta birthday cake lagi.. (kes malu2 kucing la nie..he..) Tapi disebabkan dah tua, tak kisahla kek tue.. Janji tahun nie i dapat BIG PRESENT!!! Apa dia?? Teng..teng..teng.. MESIN JAHIT SINGER... Dari zaman anak dara lagi dah kepingin mesin jahit, akhirnya terkabul juga.. hehe.. Tima kasih banyak2 untuk hubby i tue.. Semoga bertambah2 rezeki tahun nie dan selama2nya..


Mesin Jahit Singer Kesayanganku...

January 30, 2009

Majlis Aqiqah Faris & Aqif



Alhamdulillah, pada 24 Januari yang lepas selamat dijalankan majlis aqiqah Faris bersama-sama sepupunya Aqif di Bahau, rumah mertua saya.. Semuanya berjalan lancar walaupun Faris masih belum sihat sepenuhnya..

Kepada yang banyak membantu untuk kenduri tue, terima kasih diucapkan.. Ucapan terima kasih khas untuk kak long sha saya yang merupakan orang kuat masa kenduri.. Kalau tak ada kakak yang sorang nie.. memang susah hati, sebab kak long memang cekap tentang urusan2 memasak nie.. Terima kasih ye kak long..

Dan rasanya kenduri kali nie saya agak kurang dapat menolong sebab Faris asyik minta didukung aje..ye la badan dia masih kurang sihat.. Jangan marah ye kepada yang lain2.. Kenduri lain nanti kita ganti balik.. Harap2 dapatlah faham situasi ibu yang ada baby kecik, dan baby nie tak berapa sihat pula tue.. Kalau ada bibik yang jaga anak, tak de masalah keje non-stop.. Nie harapkan Faris tidur baru dapat membantu yang mana patut..

Overall, kenduri kali nie memang seronok sebab ketujuh-tujuh adik beradik balik.. Gamat dengan kerenah anak2 sedara yang ramai tue.. Tapi seperti biasa, dalam gembira..ada juga mendungnya.. Biarlah rahsia...

January 29, 2009

Faris Masuk Hospital

Gambar Faris Semasa Di Hospital


Setelah demam 4 hari, anak kedua saya yang comel nie terpaksa dimasukkan ke hospital disebabkan ada infection pada peparunya.. Kesian melihat bila dia batuk berkahak..sampai merah2 muka dibuatnya.. Makan pun tak lalu.. asyik nak berdukung jer.. Sampai satu tahap bila dia dah mula lembik dan asyik berbaring jer, saya agak panik.. Petang tu juga di bawa ke klinik, dan doktor arahkan terus masuk hospital..

Dua hari di hospital, Faris dibenarkan pulang, tapi diarahkan kuarantin oleh doktor sampai dia betul2 sembuh. Takut pula penyakit lain yang datang memandangkan dia masih lemah. Tak boleh bawa dia ke tempat orang ramai seperti shopping complex dan sebagainya..

Alhamdulillah sekarang nie Faris beransur sembuh.. Cuma dua tiga hari nie demam panasnya datang balik, terpaksa control dengan ubat demam.. Mungkin demam tumbuh gigi kot.. Doa ibu, semoga anak ibu yang seorang nie cepat2 sembuh sepenuhnya.. Amin..

January 12, 2009

Ammar Mula Bersekolah


Hari nie dah masuk minggu ke-2 Ammar bersekolah.. Dan buat pertama kalinya, hari ni dia tak sabar2 nak bersekolah, dan ternanti-nanti van sekolahnya datang.. Kelakar juga melihat aksi Ammar.. Tapi jauh dalam hati senang dengan perubahan nya itu, sebab tak perlulah saya mendengar rengekannya yang tak mahu pergi ke sekolah seperti hari-hari sebelumnya..

Memandang kepada anak kecil berusia 4 tahun ke sekolah, timbul juga rasa kesian..kenapa di umur yang begitu awal patut dihantar ke sekolah.. Tapi, kalau duduk di rumah pun, dia leka menonton Astro Ceria nya. Bila disuruh membaca buku, tak sampai pun setengah jam, tapi menonton TV berjam2 pun tak per. Sebab tu la saya suarakan kepada ayahnya agar menghantar abang sulung ni ke sekolah. Dengan harapan, dapatlah dia belajar berdikari, belajar membaca (saya di usia 4 tahun dah boleh membaca) dan solat, mengaji dan serta sebagainya.

Hari-hari pertama dia ke sekolah, ada rasa sunyi bila di rumah.. Dah besar dah anak ibu, dah pergi sekolah.. Tapi, dalam hati pulak..rasa dah tua pulak..sebab dah ada anak yang bersekolah..hahaha..walhal rakan-rakan yang seangkatan saya ramai yang belum berkahwin. Kot dah pun, kebanyakkannya anak masih baby lagi..

Terasa cepatnya masa berlalu..

January 5, 2009

Tempahan Alphabet Cupcakes



Alhamdulillah, bulan nie banyak order untuk cupcakes dan fancy cookies.. Ye la, ramai yang berkahwin dan bertunang, tak kurang juga untuk sambut birthday.. Nie salah satu dari order yang belum di upload lagi. Untuk melihat lebih banyak gambar cupcakes terkini, sila ke http://hidayatulfarah.fotopages.com Untuk tempahan, call 019-6657302..

Kunjungan Tetamu Dari Kl & Perak





Saya dan keluarga berbesar hati sebab menerima 2 tetamu dalam bulan nie iaitu maksu saya dr kl.. Datang ke Cherating untuk berkursus..Dan bersusah payah pulak mengajak saya dan anak2 mandi swimming pool di hotel kolam.. Thanx mak su sebab sudi singgah dan trima kasih juga utk hadiah harijadi yang rasenya masih awal lagie.. Apapun, tudung yang maksu bagi tu memang cantik ;-)

Second, terima kasih jugak untuk mak teh saya yang datang dari Perak.. Selain berjalan2..dia nak test drive kerete barunya Torota Rush.. Memang best.. Bila la nak rasa beli keta tinggi2 macam tue.. Sangat sesuai untuk spesies pemandu rendah.. He.. Anyway, kereta tue memang cantik dan selesa.. Sakan bershopping orang Perak nie.. Sampai beli borong lagi baju dan tudung..

Apa2pun thanx kepada semua sebab datang.. Ammar la yang paling hepy sebab dia ada kawan.. Di atas tu, gambar cupcakes sempena menyambut tetamu.. Lain kali jemput datang lagi..
 
Dear Diary Blogger Template