January 29, 2009

Faris Masuk Hospital

Gambar Faris Semasa Di Hospital


Setelah demam 4 hari, anak kedua saya yang comel nie terpaksa dimasukkan ke hospital disebabkan ada infection pada peparunya.. Kesian melihat bila dia batuk berkahak..sampai merah2 muka dibuatnya.. Makan pun tak lalu.. asyik nak berdukung jer.. Sampai satu tahap bila dia dah mula lembik dan asyik berbaring jer, saya agak panik.. Petang tu juga di bawa ke klinik, dan doktor arahkan terus masuk hospital..

Dua hari di hospital, Faris dibenarkan pulang, tapi diarahkan kuarantin oleh doktor sampai dia betul2 sembuh. Takut pula penyakit lain yang datang memandangkan dia masih lemah. Tak boleh bawa dia ke tempat orang ramai seperti shopping complex dan sebagainya..

Alhamdulillah sekarang nie Faris beransur sembuh.. Cuma dua tiga hari nie demam panasnya datang balik, terpaksa control dengan ubat demam.. Mungkin demam tumbuh gigi kot.. Doa ibu, semoga anak ibu yang seorang nie cepat2 sembuh sepenuhnya.. Amin..

No comments:

 
Dear Diary Blogger Template