September 9, 2008

Kursus Percuma Secara Online

Alhamdulillah..setelah sekian lama mencari, baru malam ini kutemui.. hehe.. Bukannya apa, dah lama sangat mengidam nak belajar buat baju kurung tapi tak dapat-dapat. Rasanya semenjak habis kolej la, minta duit dengan ibu, tapi tak dapat sokongan, begitu juga dengan tunang (yang kini suami). Masa kerja dulu, ada jugak curi masa pergi belajar menjahit, tapi sempat belajar sebulan je sebab cina yang ajar tu tak ikhlas langsung mengajar dan suka curi tulang.. Habis je blajar buat blouse terus saya berhenti class..
Alkisah, malam ni masa menjamu mata melihat koleksi tudung di internet, terjumpa satu website yang memberi informasi dan panduan secara percuma. Bila daftar website nie, ada pulak kursus menjahit dalam tu yang sememangnya senang nak faham, jelas sebab disertakan dengan gambarajah dan yang penting percuma dan jimat masa. Pendek kata, lagi senang faham daripada cina kedai yang ajar saya tue, duit nak, tapi kedekut ilmu. So, di sini saya nak kongsikan kepada semua, bolehlah melawat http://www.mygfl.net.my (mygfl stand for malaysian grid for learning). Banyak lagi informasi berguna, bukan setakat jahitan je. Antaranya ialah keusahawanan, sukan, memancing, pembangunan diri, masakan dan banyak lagilah.
InsyaAllah lepas nie bolehlah start belajar kemahiran baru pula. Tak taulah kenapa hati nie minat sangat menjahit..dapat buat baju sendiri pun jadilah.. Bukannya apa, macam hari tu, dua hari sebelum puasa, saya pergi ke kedai jahit untuk menempah baju, tapi semua dah penuh. Itu yang membuat semangat nie berkobar2 nak pandai menjahit nie.. hehe.. Cuma mesin jahit tak der... Mana tau, hubby I nak sponsor ker.. paling tak pun rembat je la mesin jahit kakak dulu..hehe..
Buat Yam, kawan baik saya yang juga tengah mengasah skill menjahitnya yang dah lama ditinggalkan, bolehla refresh balik kat website nie.. Last but not least..selamat belajar online.. dan jangan ponteng puasa..

5 comments:

Sh Maryam Sy Mohammad said...

thanks farah...nanti aku cube bukak web site tu ye..

Farah said...

Same2.. ok gak aku dah baca kursus tu cuma x berkesempatan nak buat jer lagik..

Unknown said...

hehehe..nak rembat mesin org jer...tajk per2, blaja baik2 nanti bleh tempah hehehe

yusnur said...

website http://www.mygfl.net.my ni dh xleh bukak ker???




Kongsi tips menjahit di blog jahitan saya

Mawar Merah said...

ha'ah la. Xblh bukak la website ni. Cedeynye.. Baru bersemangat nak blajar menjahit.

 
Dear Diary Blogger Template