November 27, 2008

Lawatan Ke Rumah Orang Tua-Tua


Alhamdulillah, minggu lepas saya sekeluarga bersama2 rakan sepejabat suami mengadakan lawatan ke Rumah Ehsan Dungun, iaitu Rumah Orang-Orang Tua.. Apa yang nak dikongsikan bersama ialah..tempat tinggal dan kawasannya memanglah nyaman dan bersih..semua orang tua di situ pun nampak dijaga dgn baik dan kemas..cuma saya dapat rasakan kesunyian di situ..

Masuk di kediaman lelaki, langsung tiada kelihatan yang berbual sesama mereka. Mungkin juga waktu tengah hari, jadi pakcik2 di situ semua kepenatan dan mengantuk.. Masing2 leka termenung dan..berbaring jer..tiada apa pun yang nak dibuat.. Bila saya tanya penjaga di situ apa aktiviti mereka, jawab pekerja tu, tak ada apa, cuma berbaring aje lah.. Bayangkanlah kebosanan di hati penghuni2 tua nie yang melalui hidup macam tu sehari-hari..

Masuk kediaman wanita, ada sedikit serinya, di mana nampaklah ada di antara makcik2 tu berbual sesama sendiri.. ada juga yang berjalan melawat kawan yg lain.. Berbanding kediaman lelaki yang katil agak jauh diantara satu sama lain, kediaman wanita susunan katilnya agak rapat, malah ada juga katil diletak bersebelahan mungkin utk memudahkan mereka berhubung..

Apapun susunan katilnya, pada saya tak penting.. cuma saya agak terkejut dengan suasana di situ.. Saya yg melawat dalam masa sejam pun boleh merasakan kesunyiannya, apalagi penghuni2 di rumah tua itu.. Memanglah orang dah tua tak dapat banyak nak buat apa, tapi pada fikiran saya, kalaulah mereka ni tinggal bersama anak dan cucu sendiri, sekurang-kurangnya adalah riang tawa cucu menemani walaupun anak2 sibuk bekerja..

Jauh di sudut hati memang nak bertanya kepada 2 orang nenek dalam gambar tue, kenapalah mereka tinggal di situ.. Tapi hati tak kesampaian bila mereka ajak saya duduk di birai katil dan memegang tangan saya, sambil mengusap anak-anak saya..mungkin teringat anak dan cucu sendiri. Apapun sebabnya, doa dan harapan, janganlah ada di antara kita di tempatkan di sana..

No comments:

 
Dear Diary Blogger Template