January 12, 2009

Ammar Mula Bersekolah


Hari nie dah masuk minggu ke-2 Ammar bersekolah.. Dan buat pertama kalinya, hari ni dia tak sabar2 nak bersekolah, dan ternanti-nanti van sekolahnya datang.. Kelakar juga melihat aksi Ammar.. Tapi jauh dalam hati senang dengan perubahan nya itu, sebab tak perlulah saya mendengar rengekannya yang tak mahu pergi ke sekolah seperti hari-hari sebelumnya..

Memandang kepada anak kecil berusia 4 tahun ke sekolah, timbul juga rasa kesian..kenapa di umur yang begitu awal patut dihantar ke sekolah.. Tapi, kalau duduk di rumah pun, dia leka menonton Astro Ceria nya. Bila disuruh membaca buku, tak sampai pun setengah jam, tapi menonton TV berjam2 pun tak per. Sebab tu la saya suarakan kepada ayahnya agar menghantar abang sulung ni ke sekolah. Dengan harapan, dapatlah dia belajar berdikari, belajar membaca (saya di usia 4 tahun dah boleh membaca) dan solat, mengaji dan serta sebagainya.

Hari-hari pertama dia ke sekolah, ada rasa sunyi bila di rumah.. Dah besar dah anak ibu, dah pergi sekolah.. Tapi, dalam hati pulak..rasa dah tua pulak..sebab dah ada anak yang bersekolah..hahaha..walhal rakan-rakan yang seangkatan saya ramai yang belum berkahwin. Kot dah pun, kebanyakkannya anak masih baby lagi..

Terasa cepatnya masa berlalu..

No comments:

 
Dear Diary Blogger Template