August 10, 2008

Hari Ini Dalam Kenangan...

Hari ini genap 12 tahun arwah ayah meninggalkan kami sekeluarga. Ketika itu saya masih di Tingkatan 2, kakak sedang bertungkus lumus untuk mengambil SPM manakala adik pula bakal menduduki UPSR. Mungkin terlalu kecil untuk kami mengerti erti kehilangan, namun takdir Tuhan tiada siapa yang dapat menghalang. Ayah pergi dalam keadaan yang cukup sempurna. Mendapat restu dan maaf dari ibunya dan meninggalkan restu untuk ibu saya..
Dia seorang yang tegas dan agak garang, tapi amat penyayang terhadap anak2. Kenangan bersama tak mungkin dapat di lupa. Setiap hari, selepas pulang dari sekolah, ayah akan membawa saya ke kedai mamak untuk minum teh di sana. Kedai mamak favourite ayah ialah di Old Town.. Katanya teh dan sup kambing kat situ la yang paling sedap. Masa tu la, banyak pesanan yang ayah tinggalkan. Dan banyak perkara yang kami bualkan. Dia selalu mengingatkan saya belajar bersungguh2. Jadi orang pandai dan berani. Biar dia bangga mempunyai anak2 yang berjaya. Tapi sayang, ayah pergi sebelum saya sempat buktikan segala kejayaan.. Dia tak dapat melihat dan berkongsi kejayaan kami. Kalau ayah masih ada, pasti dia bangga dengan anaknya ini... Al-Fatihah untuk ayah tersayang... Semoga tenang di sana dan di tempatkan bersama roh orang2 beriman. Amin...

1 comment:

Unknown said...

I always wish he is here...what a sad day..most precious moment,and how strong all of us to go through the most difficult moment in my life.Al-Fatihah untuk ayah tersayang..kau tetap dihati kami selamanya..

 
Dear Diary Blogger Template