August 3, 2008

Pahala Wanita Bersalin

Hari ni saya nak berkongsi dengan anda semua pahala bagi wanita yang bersalin. Bagi yang berpengalaman, sakitnya memang tak terkata. Macam2 pengalaman yang kita boleh dengar. Namun setelah saya membaca dan mengetahui pahala yang terselindung di sebalik kesakitan tu, rasanya pahala yang Allah beri melebihi apa yang ditanggung. Renungkanlah..

Menurut Rasulullah S.A.W,

  1. Wanita yang bersalin mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa.
  2. Setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah memberi satu pahala haji.
  3. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin, ia dikira sebagai mati syahid.
  4. Wanita yang memberi anaknya minum susu badan akan mendapat 1 pahala daripada setiap titik susu yang diberikannya
  5. Wanita yang memberi anaknya minum susu badannya ketika anaknya menangis, Allah memberinya pahala satu tahun pahala solat dan puasa.
  6. Jikalau wanita itu menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat di langit khabarkan berita bahawa syurga itu wajib baginya.
Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang memberi kita nikmat menjadi ibu...

1 comment:

 
Dear Diary Blogger Template