August 6, 2008

Muffin Coklat Istimewa

Seperti yang dijanjikan, berikut ialah resepi Muffin Coklat Istimewa untuk dikongsi bersama. Caranya sangat mudah dan rasanya penuh dengan coklat. Kalau tak percaya, cubalah!

Bahan-bahannya:
400g coklat masakan
140g mentega
4 biji telur
100g gula halus
120g tepung gandum
2 sudu kecil baking powder


Cara-caranya:


1) Cairkan coklat menggunakan kaedah "double-boiled.



2) Masukkan mentega ke dalam coklat dan kacau sehingga mentega cair



3) Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati, tetapi tidak perlu sampai kembang.

4) Dalam masa yang sama, panaskan oven sehingga suhu 170 C



5) Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat, kacau biar campuran sebati



6) Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat.



7) Gaul hingga sebati
8) Isikan adunan ke dalam bekas muffin 1/2 atau 60% penuh
9) Bakar selama 20 minit

* Selepas masak, muffin mungkin lembik sedikit kerana jumlah tepungnya sedikit berbanding coklat, tetapi selepas sejuk muffin akan keras dgn sendiri.

Selamat Mencuba!

No comments:

 
Dear Diary Blogger Template