August 5, 2008

Kerenah Ammar...

Sejak mendapat adik 3 bulan yang lepas, anak sulung saya Ammar tak ada selera makan. Teringat masa saya dalam pantang, sepanjang hari dia cuma minum susu je, nasi tak nak, nugget tak nak, burger tak nak.. Pendek kata, setiap hari tanya dia nak makan apa. Sanggup ayahnya pergi ke McDonald hanya nak beli burger untuk si comel ni, tapi dia makan pun tak sampai separuh.. Dalam masa 2 bulan je, lengan dia kurus sangat..badan pun terasa tulang. Mungkin protes sebab baru dapat adik kot.

So, suami saya melancarkan kempen "Ammar mesti makan nasi". Masa kempen dijalankan tu, teruk gak la dia kene marah setiap kali time makan, peti ais pun penuh dengan makanan dia je, nugget, hot dog, fresh fries, fresh milk, chocolate, cococrunch dll.. At last skarang ni dia dah mula makan balik, cuma still ikut mood...

Dalam proses nak menggemukkan dia tu, smalam saya buat muffin choklat. Apa yang special tentang muffin ni ialah tepung sikit je, dan coklatnya banyak. Memang sedap sangat muffin ni.. Rasanya macam kek coklat! Lembut dan sedap.. Alhamdulillah Ammar suka.. Banyak juga dia makan. So siapa yang minat mencuba, bolehlah mendapatkan resepi ni esok, sebab malam ni komputer saya terlalu slow utk saya sertakan bersama gambar2 semasa muffin ini dibuat. Untuk anak buah saya Tareq Syaddad dan Fahad Solehin..Kalau makngah ada kat kl, mesti u all dapat rasa muffin yang sedap ni.. Miss ya..

1 comment:

maklong said...

hmmm...ammar..ammar..macam2..
hehehehe..sedapnya bunyi..
kalau makan macam tu mesti makin tembam lagilah si Tareq Syaddad & Fahad Salihin tu...si Tareq tu sekarang pun bukan main tembam lagi..macam muffin gak,hihihihi

 
Dear Diary Blogger Template