August 30, 2008

MERDEKA!!!



SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 51!

Teringat lagi semasa saya darjah 2, cikgu Bahasa Melayu, Cikgu Abu telah membawa radio masuk ke kelas. Ingatkan dapat berseronok beramai2 sambil mendengar radio, rupa-rupanya beliau ingin mengajar kami lagu patriotik 'Bahtera Merdeka'. Setiap murid diberikan lirik lagu tersebut dan beliau mengajar kami menyanyi.. Semasa menyanyi lagu tu, hati saya rasa tersentuh sangat dan semenjak itu lah saya mula menghayati dan mamahami erti kemerdekaan..

Walaupun nampak simple apa yang cikgu saya buat, tapi saya sangat berterima kasih kepada beliau kerana memberi pemahaman dan rasa cinta kepada negara seawal usia 8 tahun.. Bayangkan budak kecil seusia 8 tahun bukan sahaja dapat memahami, tetapi juga menghayati erti perjuangan yang sebenar.. (Dapatkah anda mengingati pada umur berapakah anda benar2 memahami erti kemerdekaan dan merasainya jauh di sudut hati?)

Betapa besarnya peranan lagu.. Selain lagu 'Bahtera Merdeka' yang saya nyanyikan pada zaman kanak-kanak, saya sangat suka lagu patriotik berikut..kalau tak silap tajuknya 'Bumi Dipijak Milik Orang'

Anak kecil main api
Terbakar, hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesama kita
Bumi dipijak milik orang

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Bumi dipijak milik orang

Rasanya ada lagi sambungan lagu nie, cuma ni je yang dapat di ingat. Memang tersentuh bila nyanyi lagu ni..teringatkan sejarah masa belajar dulu.. Tanah Melayu milik asal orang Melayu.. Tapi lama-kelamaan tanah kita semakin hilang, dijual oleh mereka yang tamakkan duit.. Kuasa, ekonomi semuanya bukan milik mutlak kita lagi.. Orang Melayu dah jauh ketinggalan.. Kalau Melayu tak cepat bertindak, bimbang kita akan semakin jauh ketinggalan.. Memang Hang Tuah pernah berkata "takkan Melayu hilang di dunia", tapi pada saya kalau ramai Melayu pun, tapi tidak berkualiti, apa gunanya.. Renung-renungkanlah...

No comments:

 
Dear Diary Blogger Template