August 26, 2008

Resepi Ice Cream Cake Untuk Farra...

Di atas permintaan Farra, di sini saya sertakan resepi untuk membuat ice cream cake nie.. Untuk buat kek nie, kena prepare 2 bahan utama iaitu kek span dan ais krim. Beramai2 la cuba ye.. Harap2 menjadi..

Kek Span Coklat

Bahan A
250g adunan tepung span / sponge mix
4 biji telur

Bahan B
50 mL air dibancuh dengan 1/2 sudu kecil chocolate emulco

Bahan C
80g butter cair

Cara2 membuat kek span:
  1. Pukul (A) dengan kelajuan minima 1 minit sehingga adunan pekat
  2. Campur (B) dan pukul pada kelajuan maksima selama 5-7 minit, sampai adunan berubah warna, ringan, gebu dan lembut
  3. Masukkan butter cair dan putar lagi dengan kelajuan minima 1 minit
  4. Tuang dalam acuan 9 inci yang telah disapu minyak
  5. Bakar pada suhu 180 C selama 20 minit atau sehingga masak
  6. Sebaik sahaja kek masak, terus keluarkan dari adunan

Bahagian Ice Cream

Bahan-Bahan
Ais krim vanilla 800 g
Coklat Cip 100 g
Krim putar 200 g
Chocolate Rice 150 g

Cara2nya:
  1. Pukul ais krim vanilla sehingga lembut
  2. Tambah coklat cip dan kacau rata-rata
  3. Ambil kek yang telah masak tadi, dan potong kek kepada dua lapisan mendatar
  4. Letak lapisan kek pertama di dalam acuan bulat 10 inci
  5. Kemudian tuangkan aiskrim bersama coklat cip tadi ke atas kek
  6. Tutup dengan lapisan kek yang kedua
  7. Simpan dalam peti sejuk bahagian atas sehingga keras
  8. Apabila kek dah keras, keluarkan kek dari acuan, dan sapu dengan krim putar pada seluruh kek untuk hiasan
  9. Untuk lebih menarik, paipkan bunga2 daisy di atas kek, dan taburkan chocolate rice pada sekeliling kek.

5 comments:

Farra Da Smiley said...

oo cenggini membuatnya..nanti nk try la

Farah said...

iye farra, senang jer.. nanti try la. I pun dah g blog u.. banyak cheese cake.. nanti bolehla bg tips..

Sh Maryam Sy Mohammad said...

sonang je ropenye...tp gue takde oven la pulak..hmm nanti nk beli oven try kek nih

Farah said...

tak pun, beli kek siap pun boleh yam.. pastu belah 2 kek tu, letak ais krim, dan sejuk kan dalam peti ais.. Pastu hiasla cantik2 guna krim putar atau coklat masakkan.. tak de avon pun boleh makan ais krim kek yg sodap..

miza said...

hai..kek aiskrim ni..kalu buat hantaran kek dia cair ke tak ek

 
Dear Diary Blogger Template